Matic.fm kembali ke udara dengan konsep baru

Written by on July 5, 2018

Salam sejahtera dan Salam Malaysia Baru.

Setelah berehat seketika, kini Matic.fm bersiap sedia untuk keudara semula kali ini dengan konsep yang berbeza dan lebih menarik. Format radio akan diadunkan dalam bentuk persembahan TV yang mana tetap menampilkan DJ sebagai Host tetapi dengan gaya persembahan berkonsepkan TV. Ia merupakan cabaran baru kepada DJ di Matic.fm kerana mereka dikehendaki beraksi sebagai host sesebuah segment.

SIARAN IPTV ONLINE          

KONSEP
Dewasa ini permintaan penonton terhadap paparan visual dan audio tidak lagi terhad kepada ketetapan masa. Justru Matic.fm juga tidak mahu ketinggalan dan mengambil pendekatan mengubah teknik siaran daripada ‘timeband based’ kepada ‘On Demand Based’.

BASED PENYIARAN:
Dengan kemudahan media sosial yang banyak memudahkan teknik siaraya terkini, maka pendekatan yang sangat menjimatkan kos ini memberi peluang kepada Maticfm untuk menyiarkan setiap segmen dalam minimum bajet sekaligus menawarkan harga yang lebih kompitetif kepada orang ramai dengan menyiarkan semua segmen di media sosial seperti Facebook LIVE, Youtube LIVE, Instagram LIVE dan sebagainya. Dengan reach penonton yang ramai dan kelebihan berinteraksi secara langsung antara dua pihak mengubah fenomena penyiaran digital terkini di Negara kita.


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Matic.fm

Travel With Style

Current track
TITLE
ARTIST

Background